Bahan Kertas 3 - Contoh jawapan

Soalan kertas 3
1.       Latar belakang -5M-196 halaman buku teks
2.       Kesan kedatangan agama islam – 30
a.       Sistem pentadbiran – 10 196- 197
b.      Perdagangan-10 -209 - 210
c.       Percukaian -10 -211 -211
3.       Pengaruh islam dalam aspek perundangan undang-undang
Bertulis dan undang-undang tidak bertulis – 198 -200 -15 m
4.       Perkembangan matawang 10 markah – hal 210
5.       Kejayaan yg dicapai oleh Negara sehingga hari ini melalui perundangan
-          Politik stabil
-          Kewujudan sistem kehakiman
-           
6.       Penglibatan Malaysia dalam bidang ekonomi diperingkat antarabangsa
10 markah
7.       Cabaran yg dihadapi Negara dalam mengekalkan pembaharuan yg
Dibawa oleh islam dan langkah2 utk mengatasi cabaran di atas
10 markah
8.       Nilai nilai murni/iktibar/patriotisme kemakmuran Negara
-          Perpaduan
-          Kerjasama
-          Berdisipln
-          Berkorban utk Negara
-          Cinta Negara
5 markah

Soalan 8
Nilai nilai murni dalam  kemakmuran Negara ialah mewujudkan perpaduan
Kaum antara cina, india dan melayu
Kemakmuran Negara amat memerlukan kerjasama semua pihak contohnya
Pemimpin, rakyat dan semua lapisan masyarakat.
              Iktibar kemakmuran Negara ialah mempunyai sikap berdisiplin
Dalam kehidupan
              Unsur patriotisme pula ialah perlu mempunyai sifat cinta Negara
Bagi memastikan setiap rakyat dapat sama sama menjadikan Malaysia
Sebagai sebuah Negara maju
Soalan 9 – Kesimpulan
Contoh esei
              Sebagai kesimpulannya kedatangan agama islam ke tanah melayu
telah memperkenalkan beberapa perubahan dalam bidang politik dan ekonomi
Contohnya dalam bidang pentadbiran dan undang-undang.      
              Perubahan tersebut seperti pengenalan undang-undang islam dan sistem
Kewangan islam.
              Perubahan tersebut telah memberikan kita iktibar kepada kita seperti
menerima perubahan yang memberikan kebaikan dan kehidupan yg sempurna
              Kita sebagai rakyat Malaysia juga perlu berfikir secara rasional untuk menerima
Sesuatu perubahan selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan Negara yg
maju.
              Harapan masa depan terhadap Negara kita ialah, Negara kita dapat mencapai
Kemajuan mengikut acuan Negara islam dan tidak terlalu mengikut telunjuk barat.
              Perubahan tersebut akan dapat memberikan kebaikan  kepada Negara kita







Jawapan Soalan 7
Cabaran yang dihadapi oleh Negara dalam mengekalkan pembaharuan yang di
Bawa oleh islam ialah cabaran budaya barat yang menguasai muda mudi seperti
Kehidupan sosial yang bebas.
              Cabaran yang kedua ialah  sistem ekonomi penjajah yang bersifat riba dalam
Perbankan islam yg telah mengubah sistem ekonomi islam kepada ekonomi barat
              Cabaran yang ketiga ialah  kemunculan politik yang melampau yang
Menggunakan agama untuk kepentingan puak dan pertubuhan
              Cabaran yang keempat ialah tekanan kuasa barat yang memaksa Negara islam
Tunduk dibawah pengawasan mereka
              Cabaran ke lima ialah  sikap masyarakat islam kita sendiri yang tidak memahami
Ajaran islam yg sebenar dan wujudnya pelbagai puak dan idealogi serta kumpulan pengganas
              Langkah untuk mengatasi keadaan tersebut ialah memperkenalkan perbankan islam
Dinegara kita serta berusaha memperluaskannyan diperingat dunia
              Langkah kedua ialah memperkenalkan matawang Dinar islam menggunakan wang
Emas sebagai media pertukaran.
              Langkah ketiga ialah mewujudkan satu langkah keselamatan yang sistematik dalam
Usaha untuk mengawal aktiviti pelampau agama.
              Langkah ke empat ialah mewujudkn kerjasama ekonomi dikalangan Negara-negara
Islam agar tidak menjadi mangsa Negara barat dan yahudi
              Langkah ke lima ialah memastikan setiap rakyat dinegara kita diberi pemahaman
Yang betul berkaitan dengan islam yang sebenar.









Jawapan soalan 6- Penglibatan Malaysia dalam ekonomi antarabangsa
        MALAYSIA kini terlibat aktif dalam kerjasama peringkat antarabangsa memandangkan sistem perdagangan dan kewangan negara-negara di dunia menjadi semakin berintegrasi.
Platform itu digunakan untuk berkongsi idea dan mencari penyelesaian pada peringkat serantau bagi menangani isu bersama demi memastikan kestabilan kewangan dunia.
        Antara forum utama yang disertai oleh Malaysia secara aktif termasuk ASEAN, ASEAN+3 (China, Jepun dan Korea Selatan), Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia (ADB), Bank Pembangunan Islam (IDB) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
        Tahun ini merupakan ulang tahun ke-40 kerjasama ASEAN yang dilihat menjadi titik perubahan ke arah merealisasikan integrasi dan pembinaan komuniti ASEAN.
        Dalam hal ini, Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Penubuhan Piagam ASEAN yang dimeterai pada 12 Disember 2005 dijangka dipersetujui oleh Ketua-ketua Negara ASEAN pada penghujung tahun ini.
        Selaras dengan perkembangan itu, penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dipercepatkan kepada 2015, lebih cepat daripada jangkaan awal pada 2020.
        Di bawah perundingan Menteri-menteri Kewangan ASEAN, Malaysia kini menerajui inisiatif Mekanisme Kewangan Berstruktur ASEAN yang bermatlamat menggunakan tabungan ASEAN untuk membangunkan infrastruktur dan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi rantau ini.
        Menerusi konteks pengukuhan kestabilan kewangan serantau, ASEAN+3 berterusan mengeratkan kerjasama kewangan melalui inisiatif utama iaitu Inisiatif Pasaran Bon Asia (ABMI) dan Inisiatif Chiang Mai (CMI).
        ABMI bertujuan menggalakkan pembangunan pasaran bon di rantau Asia Timur, manakala CMI ditubuhkan selepas krisis kewangan Asia bagi membantu negara anggota yang menghadapi masalah kecairan atau imbangan pembayaran.
        Bagi usaha mempromosi perdagangan dan pelaburan yang bebas dan terbuka di rantau Asia Pasifik, Malaysia melalui APEC terus menumpukan kepada kemudahan perdagangan dan pelaburan serta kerjasama kewangan.
        Dalam memupuk hubungan lebih erat antara Asia dan Eropah, platform ASEM pula menjadi landasan tepat menggalakkan kerjasama lebih erat dan persefahaman yang lebih mendalam antara penduduk kedua-dua benua.
        Malaysia juga terus menjalin hubungan dengan Institusi Bretton Woods iaitu IMF dan Bank Dunia. Malah, rumusan rundingan Artikel IV oleh Lembaga Eksekutif IMF pada Februari lalu memuji prestasi mantap negara.
        Selain itu, kerjasama erat Malaysia dengan Bank Dunia diteruskan dalam program bukan pinjaman, khususnya dalam bentuk latihan dan khidmat nasihat. Melalui program ini, pegawai dan institusi dari Malaysia mendapat manfaat daripada pelbagai inisiatif bina upaya, antaranya dalam bidang percukaian, pendidikan dan ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan produktiviti.
        Malaysia juga menjadi jurucakap bagi konstituensi Asia Tenggara dalam Jawatankuasa Kewangan dan Monetari Antarabangsa pada 2006 dan Jawatankuasa Pembangunan pada 2007.
        Langkah itu membolehkan negara mempunyai peranan penting dalam perbahasan semasa mengenai pembaharuan kuota dan isu tadbir urus di kedua-dua institusi tersebut.
        Sementara itu, selepas bebas daripada belenggu program pinjaman ADB pada 2006, penglibatan Malaysia kini lebih tertumpu kepada program bantuan teknikal dan kerjasama serantau dengan menyumbang sejumlah AS$15 juta sejak tahun 1997 kepada Tabung Pembangunan Asia.
        Dalam IDB pula, peranan Malaysia termasuk mempromosi kewangan Islam, perdagangan dan pelaburan secara aktif di kalangan negara anggota.

        Pada Mei lalu, Malaysia telah berikrar menyumbang AS$20 juta kepada Tabung Pembasmian Kemiskinan (PAF) yang bermatlamat mengurangkan kemiskinan menerusi projek infrastruktur, kesihatan dan pendidikan.
        Malah peranan Malaysia dalam IDB mendapat pengiktirafan apabila dipilih sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Pembiayaan Perdagangan Islam Antarabangsa (ITFC) bagi tempoh 2007-2010.
        Sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, Malaysia terus komited dan aktif menyertai proses penggubalan peraturan dan rundingan liberalisasi perdagangan dalam WTO.
        Mulai Februari lalu, Malaysia menjadi Pengerusi General Council iaitu badan pembuat keputusan tertinggi WTO sebagai pengiktirafan kepada peranan aktif dan sumbangan positif negara ini dalam rundingan terutama selaku Pengerusi Dispute Settlement Body pada 2006 dan Negotiating Group On Trade Facilitation (2004-2006).
        Peranan Malaysia sebagai Pengerusi badan itu amat mencabar memandangkan rundingan Pusingan Doha yang memberi fokus khusus kepada agenda pembangunan berada pada tahap kritikal.


Jawapan Soalan no. 5


Kejayaan negara setelah memanfaatkan perundangan yang adil.

Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai melalui sistem perundangan yang adil.

-kebebasan asasi
-rakyat boleh mengundi calon yang di;ilh me;alui pilihanraya
-disegani oleh negara luar
-tiada campur tangan kuasa asing
-tumpuan pelabur
-tumpuan para pelancong
-tiada pertumpahan darah
-hubungan antarabangsa berkembang
-perindustrian berkembang
-kemajuan ekonomi
(Mana-mana jawapn yang munasabah)



Comments

Post a Comment